Sebelum
kedatangan Imam Mahdi akan muncul keluarga Sufyani. Mereka sangat keji, suka
membunuh, dan tidak pernah beribadah kepada Allah. Ada salah satu hadist yang
membuktikannya.
Hudzaifah
al-Yamani (ra) meriwayatkan, Sesungguhnya
Nabi (SAW) pernah menyebutkan fitnah yang akan terjadi antara orang Timur dan
Barat. Beliau (SAW) pernah berkata, ….kita juga akan mendapatkan ujian, (yaitu)
akan muncul Sufyani dari bukit tandus. Ia berkuasa di Damaskus, kemudian
mengutus dua bala tentara. Tentara pertama diperintahkannya menuju ke arah
timur, sedangkan tentara kedua menuju ke Madinah, Ketika mereka sampai di
negara Baylonia, tepatnya di sebuah kota yang dilaknat, mereka membunuh lebih
dari 3000 jiwa. Dan memperkosa tak kurang dari 100 orang wanita. Mereka menymbelih
300 kambing milik sebuah kaum Bani Abbas.
Diriwayatkan
dari Ibnu Abbas (ra), ia berkata, Sufyani akan muncul dan melakukan peperangan, mereka
membelah perut-perut wanita hamil dan memasak bayi-bayi mungil dalam kuali
besar.
Sabda
Nabi SAW, “Sebelum (munculnya) al-Mahdi, as-Sufyani akan muncul bersama-sama
360 pasukan (tentera) berkuda, kemudian dengan diiringi oleh 30,000 (tentera)
yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan
askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaurak, iaitu
suatu kota di Timur. Setelah itu, mereka menyerbu Kufah. Lantas (ketika itu)
muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Yang memegang benderanya ialah
seorang Pemuda dari Bani Tamim yang digelarkan Syuaib bin Saleh. Dia (at-Tamimi
itu) kemudian menyerang sekelompok tawanan daripada penduduk Kufah dan membunuh
semuanya. Setelah itu as-Sufyani mengerahkan sebahagian tenteranya (pergi
menyerang) Madinah. Mereka terus menyerang Madinah selama tiga hari lalu menuju
ke Makkah. Ketika mereka sampai di al-Baidak, Allah memerintahkan Jibril supaya
menghentakkan kakinya dengan sekali hentakan, yang mana dengan hentakan itu,
mereka jadi terbenam ke dalam bumi sehingga tidak berbaki melainkan dua orang
yang kemudian menyampaikan (perihal) peristiwa tersebut kepada as-Sufyani.
Tetapi as-Sufyani tidak menghiraukannya. Lalu dia mengirimkan dua orang
(keturunan) Parsi untuk meminta bantuan (kerajaan Romawi) menaklukkan
Kostantinopel. Oleh raja Romawi, permintaannya ini segera dikabulkan (lalu
dihantar pasukan tentera yang ramai untuk membantu). Tetapi ketika kedua-dua
orang (utusan) ini sampai di pintu gerbang Damsyik, mereka dibunuh orang.
Selain itu, as-Sufyani juga membunuh orang yang mengingkari dirinya, bahawa ada
seorang perempuan duduk-duduk di atas pahanya di pintu gerbang di Damsyik.
Ketika itulah terdengar satu seruan dari langit, “Wahai (sekalian) manusia,
sesungguhnya Allah telah membinasakan orang-orang yang zalim, orang-orang
munafik dan sekutu-sekutu mereka. Allah telah mengangkat seorang yang terbaik
dari umat Muhammad SAW sebagai pemimpin kamu semua. Oleh itu, sambutlah dia di
Makkah. Dia adalah al-Mahdi yang bernama Ahmad bin Abdullah.” Lalu ada satu
pertanyaan kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah kami dapat
mengenalinya?” Jawab baginda, “Dia adalah dari keturunanku, iaitu perawakannya
seakan-akan Bani Israel, kulitnya kemerah-merahan seolah-olah wajahnya
bercahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam (yang hidup). Dia
tampan orangnya, berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari
Syam, Wali-wali Nujabak dari Mesir, Asoib dari Timur dan pengikut-pengikutnya.
Mereka kemudian pergi ke Makkah bersama-sama, lantas (setelah membaiat Imam
Mahdi) berangkat (pula) ke Syam. Waktu itu, Jibril berada di depannya dan
Mikail berada di belakangnya. Penghuni langit, penduduk bumi, burung-burung,
binatang buas dan ikan-ikan di laut semuanya suka/redha kepadanya. Air menjadi
mudah (didapati) di mana-mana negeri pun yang dikuasainya, sungai-sungainya
mengalir (deras dan banyak), harta karun (melimpah ruah dan) mudah didapati.
Dia lantas pergi ke Syam dan menyembelih as-Sufyani di bawah pokok yang
dahan-dahannya (menjulur) sampai ke Laut Tibriyah.”
Sabda
Nabi SAW, "Seorang
lelaki bernama As-Sufyani akan datang dari tengah kota Damsyik. Kebanyakan
tenteranya adalah dari Bani Kalb. Dia akan membunuh (ramai orang) sehingga
memperkosa wanita dan membunuh kanak-kanak. Maka datanglah suatu kaum dari Qais
lalu membunuh mereka semuanya. Kemudian keluarlah seorang lelaki dari ahli
keluargaku di Al-Hirrah dan berita itu sampai kepada As-Sufyani. Dia segera
menghantar pasukan tenteranya tetapi menderita kekalahan (teruk). As-Sufyani
bangun memimpin sendiri pasukan tenteranya sehingga mereka sampai di kawasan
gurun lalu ditelan oleh bumi.”
Kerancuan
gambaran dari kedua berita ini adalah “Ketika mereka sampai di al-Baidak, Allah
memerintahkan Jibril supaya menghentakkan kakinya dengan sekali hentakan, yang
mana dengan hentakan itu, mereka jadi terbenam ke dalam bumi sehingga tidak
berbaki melainkan dua orang yang kemudian menyampaikan (perihal) peristiwa
tersebut kepada as-Sufyani. Tetapi as-Sufyani tidak menghiraukannya.” Dengan “Kemudian keluarlah seorang lelaki dari ahli
keluargaku di Al-Hirrah dan berita itu sampai kepada As-Sufyani. Dia segera
menghantar pasukan tenteranya tetapi menderita kekalahan (teruk). As-Sufyani
bangun memimpin sendiri pasukan tenteranya sehingga mereka sampai di kawasan
gurun lalu ditelan oleh bumi”
EmoticonEmoticon