Daripada
Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hari qiamat tidak
akan terjadi sehingga melimpah ruah harta
benda dan timbul
fitnah (ujian kepada
keimanan) dan banyak berlaku 'al-Harj'". Sahabat bertanya, "Apakah al-Hajr
itu hai Rasulallah"? Nabi saw. menjawab, "Peperangan demi peperangan demi peperangan". (Riwayat
Ibnu Majah)
Keterangan:
Realiti
dunia hari ini membuktikan kebenaan sabda junjungan kita Nabi saw. Harta benda melimpah
ruah. Banyak alat-alat moden yang dihasilkan oleh teknologi Barat dan Timur sehingga
bertambah banyak alatan dan keperluan hidup. Maka oleh kerana itu ramai orang yang berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan
dalam membuat dan memperdagangkan alat-alat
tersebut. Dan oleh kerana masing-masing tamak dan rakus maka terjadilah perebutan
yang mengakibat berlakunya peperangan demi
peperangan. Dari semasa ke semasa peperangan berkobar dengan tiada henti-hentinya.
Padam di suatu tempat menyala pula ditempat yang lain. Satu sama lain saling cakar
mencakari. Semakin maju teknologi, semakin terseksa manusia kerananya. Sebenarnya
teknologi tidaklah bercanggah dengan Islam, tetapi ia mestilah tunduk kepada etika
kemanusiaan yang didukung oleh Islam itu sendiri. Sedangkan teknologi yang ditaja
oleh dunia barat hari ini adalah berdasarkan kepada kepentingan peribadi dan mengikut
telunjuk hawa nafsu yang rakus sehingga teknologi itu digunakan untuk menghancurkan
nilai-nilai kemanusian itu sendiri. Nampaknya, begitulah keadaan yang berlaku dari
umur dunia ini, sehinggalah sampailah ketitik akhirnya, iaitu qiamat.
Berikut Ini Video Kajian Akhir Zaman Oleh Ustad Zulkifli
M ali
EmoticonEmoticon