Sadarkah kita wahai manusia? bahwa banyak tanda-tanda yang menunjukkan bahawa dunia ini sudah sampai ke penghujungnya? Terdapat pelbagai tanda-tanda akhir zaman yang telah saya kongsikan bersama-sama anda sebelum ini. Kali ini, saya akan menyentuh berkenaan golongan Ruwaibidhah. Hadis riwayat Ibnu Majah ada menyatakan iaitu:
Dari Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah bersabda: " Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus(kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Orang yang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat dan mereka yang diberi peluang untuk bercakap adalah golongan "Ruwaibidhah". Sahabat bertanya: "Apakah Ruwaibidhah itu Rasulullah?". Baginda menjawab, "orang-orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai."(HR IBNU MAJAH)
Keterangan :
Berdasarkan keterangan hadis di atas, zaman yang disebut berkenaan Ruwaibidhah adalah bermaksud "Ketandusan". Tandus yang dapat diartikan di sini adalah tandus dari segi meterial dan juga tandus dari segi pemikiran manusia itu sendiri. Orang yang berkata benar akan dicampakkan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan. Orang yang berkata benar tidak diberi peluang untuk berkata dan meluahkan kebenaran mereka itu. Apa yang diterangkan Rasulullah Saw bahwa di zaman Ruwaibidhah itu adalah orang-orang yang bodoh dalam menyelesaikan masalah umat
Jika kita perhatikan sekarang, banyak perkara-perkara kebenaran tidak dapat diluahkan oleh sesetengah pihak. Mereka yang dibenarkan adalah mereka yang terdiri dalam golongan yang diterangkan dalam hadis di atas. Rasulullah sudahpun berpesan kepada kita bahwa zaman yang diterangkan itu dan zaman itu sudah terjadi di zaman kita ini. Semoga kita selamat dari zaman-zaman penuh fitnah ini.
EmoticonEmoticon